the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lima rakyat Malaysia ditahan bawa 5 kg kokain didakwa ke Jepun untuk melancong

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Lima rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo selepas lima kilogram kokain ditemukan dalam pelapik kasut mereka ketika tiba di Jepun untuk melancong

KUALA LUMPUR: Lima rakyat Malaysia yang didakwa menyembunyikan lima kilogram kokain dalam pelapik kasut di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo, Jepun pada Sabtu lepas, bertolak dari Malaysia sehari sebelumnya dengan tujuan melancong. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Hussein Omar Khan berkata semakan mendapati kumpulan itu terdiri daripada enam individu berusia 19 hingga 26 tahun berlepas dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

“Bagaimanapun hanya lima daripada mereka, iaitu dua lelaki dan tiga perempuan ditahan manakala seorang lagi telah pulang ke Malaysia. JSJN PDRM dimaklumkan oleh pihak berkuasa Jepun berhubung penahanan itu pada 10 Okt.

“JSJN telah mengenal pasti kesemua individu berkenaan termasuk seorang yang telah pulang, dengan lima daripada mereka berasal dari Sarawak serta tiada seorang pun mempunyai rekod jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata pihak berkuasa kastam Jepun telah menjumpai dadah itu di dalam pelapik kasut dipakai kesemua suspek.

Susulan penahanan itu, JSJN akan menghantar pasukan ke Jepun bagi menjalankan siasatan serta mendapatkan maklumat berkaitan termasuk rangkaian sindiket dadah di Malaysia dan antarabangsa. 

“Pihak berkuasa Jepun sedang menjalankan siasatan berhubung punca bekalan dadah diperoleh termasuk ahli dan sindiket rangkaian penyeludupan dadah antarabangsa,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya berwaspada terhadap pelawaan untuk bercuti, khususnya jika diminta membawa beg atau barangan milik orang lain ke luar negara dan tidak menerima atau membawa barangan tidak diketahui kandungannya supaya tidak menjadi keldai dadah. 

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img