the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 3, 2025
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mayat reput ditemui dalam semak di Lebuh Gelugor George Town

Mayat lelaki reput ditemui di kawasan semak Taman Ghee Hiang, Lebuh Gelugor dengan tiada kesan jenayah dikesan dalam siasatan polis.

GEORGE TOWN: Satu mayat dalam keadaan reput telah ditemui di kawasan semak berhampiran Taman Ghee Hiang, Lebuh Gelugor semalam.

Orang awam menemui mayat lelaki dipercayai warga tempatan berusia 45 tahun pada pukul 7.20 malam berdasarkan dokumen pengenalan diri yang dijumpai.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake mengesahkan orang awam terus memaklumkan penemuan tersebut kepada pihak polis.

“Lelaki itu lengkap berpakaian namun mayatnya hampir reput,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemeriksaan badan mangsa dan sekitar tempat kejadian oleh pasukan Siasatan Forensik serta Unit Anjing Pengesan K9 Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang tidak menemui sebarang kesan mencurigakan.

Bedah siasat di Hospital Pulau Pinang hari ini juga tidak dapat mengenal pasti punca kematian mangsa kerana mayat sudah terlalu reput.

“Bagaimanapun, tiada kesan cedera daripada perbuatan jenayah dikesan,” jelas Lee.

Beliau mengesahkan kes itu telah diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Xiamen resumes direct yacht services

Xiamen has resumed direct yacht services to Hong Kong after a six-year pause, enhancing cross-border travel and expanding the city’s diversified port network that now includes air travel, cruise routes, and yacht operations.

Rehda calls for data-driven housing reforms

alaysia’s affordable housing policies are struggling to keep pace with demographic shifts and market realities, according to the Rehda Institute, which called for a data-driven approach to reform quota requirements and pricing mechanisms.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories