the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM ingatkan pengguna aplikasi waspada cubaan godam akaun

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengingatkan pengguna aplikasi pesanan segera mudah alih agar berwaspada dan berhati-hati dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggodam akaun mereka.

Beliau berkata pengguna tidak seharusnya terpengaruh dengan sebarang bentuk pesanan yang diterima kerana penggodam mempunyai pelbagai cara untuk memanipulasi pengguna.

“Semalam ada orang hack akaun Telegram dan Signal saya dan sudah laporkan kepada MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) supaya mereka lebih proaktif dalam perkara ini.

“Kita perlu terus laporkan kepada MCMC supaya tindakan segera dapat dilaksanakan oleh mereka. Jangan biarkan lama, sebab takut dia gunakan identiti (pemilik akaun sebenar) untuk menipu orang lain dan sebagainya,” katanya ketika ditemui media di Bangunan Parlimen di sini.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan akaun itu dipercayai digunakan bagi aktiviti jenayah penipuan dan meminta individu yang menerima mesej daripada akaun berkenaan supaya mengabaikannya serta membuat laporan kepada pihak berkuasa.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings