Pusat undi awal PRK Kinabatangan dan DUN Lamag dibuka untuk 196 anggota polis dan pasangan bermula 8 pagi di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan.
KINABATANGAN: Satu pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri Lamag dibuka pada pukul 8 pagi ini.
Pusat itu terletak di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan.
Proses pengundian melibatkan seramai 196 anggota polis serta pasangan masing-masing.
Pusat berkenaan dijadualkan ditutup pada pukul 5 petang nanti.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru.
Calonnya ialah Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional, Datuk Saddi Abdul Rahman dari Warisan dan Goldam Hamid yang Bebas.
PRK DUN Lamag pula ialah pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob dari BN dan Mazliwati Abdul Malek dari Warisan.
PRK ini diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember tahun lepas.
Parlimen Kinabatangan mempunyai 48,722 pengundi berdaftar.
DUN Lamag pula mempunyai 13,899 pengundi berdaftar.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK pada Sabtu ini.








