Monday, October 27, 2025
30.1 C
Malaysia
spot_img

Selangor rekod lebih 1,200 kes salah laku pelajar pada 2024

The Sun Webdesk

Polis Selangor catat 1,219 kes salah laku murid sekolah, termasuk 265 kes buli, dengan keadaan disiplin masih terkawal

SHAH ALAM: Sebanyak 1,219 kes salah laku telah direkodkan membabitkan murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di Selangor untuk tempoh 10 bulan pertama tahun ini.


Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan berkata daripada jumlah itu, 265 kes diklasifikasikan sebagai buli manakala selebihnya merangkumi pelbagai kesalahan lain.


Beliau berkata pihaknya telah membuka 41 kertas siasatan iaitu sembilan berkaitan buli manakala 32 lagi membabitkan pelbagai salah laku dengan sebahagian besar kes tidak mempunyai keterangan mencukupi untuk siasatan diteruskan.


Mohd Zaini menyatakan Selangor mempunyai hampir 997,000 pelajar serta 60,000 guru dan jumlah lebih 1,200 kes direkodkan hanya mewakili 0.0125% daripada keseluruhan pelajar.


Beliau menegaskan angka ini menunjukkan keadaan masih terkawal dan sehingga kini belum ada sekolah dikategorikan sebagai kritikal.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam hari ini.


Mohd Zaini berkata walaupun tiada sekolah dikategorikan kritikal, polis memandang serius isu disiplin dan buli di institusi pendidikan kerana mampu dicegah pada peringkat awal dengan peranan semua pihak termasuk ibu bapa.


Beliau berkata pencegahan bukan hanya melalui tindakan undang-undang tetapi memerlukan kerjasama erat antara sekolah, komuniti, agensi kerajaan serta ibu bapa bagi memperkasakan tanggungjawab sosial bersama-sama.


Beliau berkata inisiatif mengekang jenayah dan salah laku pelajar kini digerakkan secara menyeluruh dengan sokongan pelbagai agensi kerajaan termasuk polis, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan serta badan bukan kerajaan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. – Bernama

Related

spot_img

Latest

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img