the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan lelaki, rampas dadah hampir RM1 juta di Lembah Klang

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki tempatan bersama rampasan dadah jenis syabu dan heroin base bernilai hampir RM1 juta dalam dua serbuan sekitar Lembah Klang, Rabu lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata suspek berusia 29 tahun itu ditahan pada pukul 6.15 petang di lobi sebuah kondominium di KL South oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui sebuah beg plastik mengandungi dua ketulan mampat disyaki heroin base seberat 741.5 gram.

“Susulan itu, polis melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kereta Toyota Vios di Taman Segar, Cheras dan menemukan satu guni serta satu beg kain berisi lapan ketulan mampat heroin base seberat tiga kilogram (kg), selain 20 bungkusan teh Cina berisi syabu seberat 20.5 kg di bonet belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata keseluruhan rampasan berjumlah 23.74 kg dengan nilai pasaran kira-kira RM974,000 yang mampu menampung keperluan 420,400 penagih.

Beliau berkata modus operandi sindiket yang bergerak aktif sejak Oktober tahun lepas itu adalah menjadikan kereta sebagai tempat stor penyimpanan dadah sebelum diedarkan kepada pelanggan.

“Heroin base yang dirampas akan diproses terlebih dahulu sebelum dijual kepada penagih. Semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau dan pernah dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata suspek direman selama tujuh hari sehingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings