the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mekanik dan suri rumah rugi RM551,448 dalam penipuan dalam talian

SIBU: Seorang mekanik dan seorang suri rumah mengalami kerugian keseluruhan RM551,448 selepas menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Sibu menerima laporan polis daripada kedua-dua mangsa pada semalam.

Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mekanik berusia dalam lingkungan 40-an telah berkenalan dengan seorang wanita pada 13 Jun lepas di Facebook dan ditawarkan satu perniagaan sambilan yang kononnya mampu memberikan pulangan lumayan.

Perniagaan itu membabitkan pembelian barangan perhiasan wanita serta menjual semula bagi memperoleh komisyen 10 peratus daripada harga barangan melalui laman web JIN BAO FUFC.VIP/INC.

Beliau berkata bermula 13 Jun hingga 28 Julai, mangsa telah membuat transaksi sebanyak 21 kali ke dalam 10 akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM317,048.00.

Sementara itu, suri rumah berusia dalam lingkungan 30-an pula mengalami kerugian RM234,400 menerima panggilan daripada seorang individu tidak dikenali pada 1 Ogos lepas.

Pemanggil memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dimaklumkan nombor telefon mangsa telah digunakan untuk aktiviti penggubahan wang haram sebelum panggilan disambungkan kepada individu yang menyamar sebagai anggota polis.

Merasa bimbang, mangsa telah menurut semua arahan suspek dan mengarahkan mangsa memberikan maklumat jumlah wang simpanan dan memajak emas miliknya bagi tujuan siasatan serta dikehendaki membuat pemindahan wang secara berperingkat ke dalam akaun-akaun bank lain.

Bermula 11 Ogos hingga 16 Ogos mangsa telah membuat sebanyak 20 kali transaksi ke dalam tujuh akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM234,400.

Beliau berkata setelah selesai membuat pembayaran, mangsa gagal menghubungi suspek dan menyedari dirinya ditipu sebelum membuat laporan polis. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Security is the new market access: Kigen is leading the IoT security mandate

Kigen says cybersecurity is becoming a prerequisite for market access, highlighting how the EU Cyber Resilience Act and secure eSIM technology are reshaping IoT manufacturing through compliance, resilient connectivity, and long-term trust.

YF Life clinches Hong Kong Economic Journal’s “Outstanding Application of Diversified Investment Strategies” award...

YF Life has won the Hong Kong Economic Journal's "Outstanding Application of Diversified Investment Strategies" Award for the second consecutive year, recognising its "Invesurance" approach, diversified asset allocation strategy, and commitment to delivering sustainable long-term value and financial strength for clients.

Nexus Aesthetic Clinic to host pro bono aesthetic literacy talk for women in Singapore

Nexus Aesthetic Clinic will host a free public education talk to help women make informed decisions about medical aesthetic treatments, focusing on consultation-first assessments, patient suitability, treatment risks, and the importance of achieving natural-looking outcomes through responsible medical judgement.

Singapore Institute of Management: Student life and campus communities becoming a key deciding factor...

Singapore Institute of Management is strengthening student engagement through nearly 80 clubs and co-curricular activities, reflecting growing demand for holistic education that combines academic excellence with wellbeing, leadership, social connections, and career-ready skills.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings