the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis minta bantuan orang ramai kesan pelajar perempuan hilang di Selama

IPOH: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang pelajar perempuan yang dilaporkan hilang di Selama sejak 23 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Selama Superintenden Sarudin Samah berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan S. Thaanusredevi, 17, yang kali terakhir dikesan berada di rumahnya di Taman Nesa.

Beliau berkata remaja itu disedari tiada di rumah sekitar 8 pagi pada tarikh tersebut.

“Remaja perempuan itu dipercayai membawa telefon bimbit dan beg tangan semasa kejadian namun pakaian terakhirnya tidak dapat dikenal pasti,“ menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Wan Muhamad Luqman Wan Addas di talian 019-5155 469 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Selama di talian 05-8394 222 atau mana-mana balai polis berdekatan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings