the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kampung Temerlok terima manfaat RM1 juta melalui inisiatif Kampung Angkat MADANI

TAIPING: Kampung Temerlok di Trong menerima transformasi baharu menerusi inisiatif Kampung Angkat MADANI dengan pelaksanaan empat projek pembangunan dan naik taraf.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk empat projek pembangunan di kampung tersebut.

“Projek tersebut ialah naik taraf Jeti Nelayan Sungai Tok Lin dengan kos hampir RM350,000, baik pulih Sekolah Agama Rakyat Al-Mahmudiah bernilai hampir RM170,000 dan naik taraf Pusat Pemindahan Banjir SK Temerlok bernilai hampir RM330,000, sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh.

“Projek keempat ialah pembaikan Masjid Al-Mahmudiah bernilai hampir RM150,000, meliputi kerja mengecat, membaiki bumbung, pemasangan jubin serta pagar kubur,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kampung Angkat MADANI Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Saifuddin Nasution menegaskan semua projek tersebut membuktikan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat luar bandar.

Beliau berkata ia juga menzahirkan kesungguhan Kerajaan MADANI untuk memastikan kesejahteraan rakyat pada peringkat akar umbi.

“Pendekatan ini bukan sekadar janji, tetapi tindakan yang nyata dan memberi impak terus kepada kehidupan rakyat.

“Seperti yang sering ditegaskan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tiada komuniti akan dipinggirkan daripada arus pembangunan,” katanya.

Program Kampung Angkat MADANI diperkenalkan dalam Belanjawan 2024 untuk merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan kemudahan asas.

Inisiatif ini memberikan tumpuan kepada penyediaan kemudahan air, elektrik, jalan raya, lampu jalan, kemudahan komuniti dan capaian Internet. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings