the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 10, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

300 permohonan lesen mendulang emas diterima di Kelantan sejak Januari

Lebih 300 individu telah memohon lesen mendulang emas di Kelantan sejak dibuka awal Januari, dengan bayaran RM100 setahun.

KOTA BHARU: Lebih 300 individu telah mengemukakan permohonan lesen mendulang emas sejak ia dibuka pada awal Januari lalu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata sambutan itu amat menggalakkan untuk aktiviti mendulang emas secara terkawal di negeri itu.

“Lokasi bagi aktiviti mendulang akan dimaklumkan pada Rabu ini. Alhamdulillah, sambutan amat baik dan permohonan lesen masih dibuka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Tahun Baharu dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan 2026 di Kompleks Kota Darulnaim.

Fadzli menambah setiap permohonan melalui proses tertentu tetapi tidak mengambil masa terlalu lama.

“Aktiviti mendulang emas ini juga dapat membantu rakyat mencari rezeki secara halal dan dibenarkan kerajaan, sekali gus memakmurkan hasil bumi sendiri,” ujarnya.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan lesen mendulang emas di tanah kerajaan hanya untuk rakyat Kelantan dengan bayaran RM100 setahun.

Permohonan boleh dibuat di Pejabat Tanah dan Galian negeri.

Pemegang lesen hanya dibenarkan menggunakan kaedah tradisional tanpa bantuan mesin atau peralatan moden.

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology Provides Update on $20 Million Share Repurchase Programme

London, United Kingdom - (Newsfile Corp. - January 9, 2026) - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence and IoT technology, today provided an update on its share repurchase programme.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories