the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 10, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kelantan kumpul 88.22% hasil negeri 2025, rangka strategi kukuh kewangan

Kutipan hasil negeri Kelantan capai RM879.79 juta tahun lepas, merangkumi 88.22% anggaran tahunan, kata Menteri Besar.

KOTA BHARU: Kutipan hasil negeri Kelantan mencecah RM879.79 juta pada tahun lepas, iaitu 88.22% daripada anggaran tahunan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata kerajaan negeri telah merangka beberapa strategi untuk memperkukuh sumber hasil baharu dan meningkatkan kedudukan kewangan.

Antara langkah yang digariskan ialah penetapan petunjuk prestasi utama kutipan tunggakan cukai tanah pada kadar sekurang-kurangnya 80%.

KPI kutipan cukai tanah baharu pula disasarkan mencapai 100%.

“Selain itu, penguatkuasaan hasil hutan akan dipertingkatkan meliputi royalti kayu-kayan, premium perhutanan, pampasan dalam negeri dan kayu getah,” katanya.

Beliau berkata penguatkuasaan terhadap sumber mineral seperti batu-batan, mangan, bijih besi dan emas juga akan diperkukuh.

Kadar sumbangan tetap anak-anak syarikat kerajaan negeri akan disemak semula, khususnya syarikat di bawah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Mohd Nassuruddin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan 2026 di Kompleks Kota Darulnaim.

Sementara itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta bagi Skim Kredit Mikro Usahawan Negeri Kelantan tahun ini.

Skim yang dilancarkan pada November lepas itu menyediakan akses pembiayaan yang lebih mudah, inklusif dan bersasar kepada usahawan kecil.

Sasarannya adalah golongan berpendapatan rendah, belia, wanita dan usahawan luar bandar.

“Pada tahun lepas, skim ini membiayai 10 usahawan dengan jumlah keseluruhan RM95,000, melalui proses permohonan telus bersama Bank Muamalat,” katanya.

Tahun ini, skim diperluaskan kepada kumpulan kedua yang melibatkan penerima daripada semua 45 kawasan Dewan Undangan Negeri.

Inisiatif itu diharap dapat merancakkan ekonomi setempat serta melahirkan lebih ramai usahawan baharu.

Kerajaan negeri turut menawarkan diskaun 90% bagi tunggakan denda cukai tanah.

Tawaran yang pada awalnya berakhir pada 30 Disember lepas itu dilanjutkan sehingga Mac depan.

“Keputusan ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri untuk menggalakkan rakyat melaksanakan tanggungjawab secara berhemah,” katanya. 

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology Provides Update on $20 Million Share Repurchase Programme

London, United Kingdom - (Newsfile Corp. - January 9, 2026) - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence and IoT technology, today provided an update on its share repurchase programme.

Most Viewed

Primech Holdings Receives $4.0 Million Strategic Investment from WELLE Environmental Group to Support Robotics Expansion and Facilities Growth

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 8 January 2026- Primech Holdings Ltd. (Nasdaq: PMEC), a technology-driven facilities services and robotics company, today announced a $4.0 million strategic investment from WELLE Environmental Group Co., Ltd. (SZSE: 300190), reinforcing Primech's acceleration into autonomous robotics, AI-powered cleaning systems, and scaled global facilities operations.
spot_img

Popular Categories