Tuesday, November 11, 2025
23.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bantuan Wilayah Persekutuan Bersama Sabah digerak bantu mangsa banjir

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mengarahkan semua agensi di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan segera menggerakkan bantuan pasca banjir melalui inisiatif “Wilayah Persekutuan Bersama Sabah”.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan tanda kebersamaan dengan rakyat negeri tersebut yang sedang berdepan bencana banjir.

“Mudah-mudahan langkah kecil ini mampu meringankan beban yang ditanggung serta menyuntik semangat bahawa rakyat Sabah tidak keseorangan dalam menghadapi dugaan ini,“ katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan setakat petang ini, 2,256 orang daripada 710 keluarga ditempatkan di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah iaitu Beaufort, Penampang, Membakut, Papar dan Sipitang.

Hujan berterusan sejak minggu lepas menyebabkan banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan di negeri itu sehingga meragut 14 nyawa termasuk seorang korban banjir setakat ini. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HKSTP Debuts at SWITCH 2025 Singapore with Hong Kong Startups Shining at Prestigious SLINGSHOT Pitch Event

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 11 November 2025– Hong Kong Science and Technology Parks Corporation (HKSTP) showcased a delegation of 10 standout startups from AI, Urban & Environment and Health & Wellness for its first-ever HKSTP pavilion at Singapore Week of Innovation and Technology (SWITCH) 2025, held on 29-31 October.

Powerwell secures RM9.5m data centre contract in Selangor

Powerwell Holdings Bhd’s subsidiary, Kejuruteraan Powerwell Sdn Bhd, has clinched a RM9.5 million contract to supply switchboards and components for a data centre project in Selangor. Managing director Catherine Wong Yoke Yen said this marks the company’s third data centre win this financial year, underscoring its expertise in Malaysia’s fast-growing digital infrastructure sector. With an order book of RM117 million as of June 2025, Powerwell plans to capitalise on opportunities across data centre, infrastructure, and renewable energy projects.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories