the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
33.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerja penyelenggaraan jambatan kedua Pulau Pinang pastikan ketahanan

GEORGE TOWN: Kerja-kerja penyelenggaraan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau Jambatan Kedua Pulau Pinang bukan sahaja penting bagi memastikan ketahanannya, malah melibatkan cabaran besar serta risiko tinggi.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata struktur sepanjang 24 kilometer itu direka dengan jangka hayat sehingga 120 tahun.

Namun, bagi mengekalkan ketahanannya, kerja penyelenggaraan berterusan perlu dilaksanakan secara teliti.

“Ramai melihat jambatan ini hanya sebagai laluan indah terbentang di lautan, tetapi di sebaliknya terdapat pasukan jurutera dan penyelam yang berusaha memastikan struktur ini sentiasa dalam keadaan selamat.

“Contohnya, kerja-kerja salutan pelindungan pada panel keluli yang berfungsi sebagai ‘perisai’ melindungi tiang jambatan daripada hentaman kapal dan menyerap tenaga perlanggaran,” katanya dalam hantaran Facebook rasmi beliau.

Nanta berkata kerja penyelenggaraan melibatkan penggantian plat keluli rosak akibat kakisan.

Pembersihan karat menggunakan kaedah mekanikal serta pelapisan semula dengan beberapa lapisan salutan pelindungan khas turut dijalankan.

Selain itu, beliau berkata jambatan berkenaan turut dilengkapi gondola yang memudahkan pasukan teknikal melakukan pemantauan pada bahagian rentang bawah jambatan dengan lebih selamat.

Kenderaan yang dikendalikan dari jauh (ROV) dan penyelam pakar juga digunakan untuk pemeriksaan di bawah air.

“Semua ini adalah usaha yang jarang terlihat oleh orang ramai tetapi ia amat penting bagi memastikan keselamatan aliran trafik darat dan laut di kawasan ini,” katanya.

Jambatan Kedua Pulau Pinang pernah dinobatkan sebagai jambatan terpanjang di ASEAN dan kekal sebagai antara projek ikonik negara- Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singaporeans don’t cancel brands – they silently leave them, Ogilvy’s inaugural 2026 APAC Believability...

Ogilvy released its first 2026 APACBelievability Index: The Power of Proof, a comprehensive study examining how consumers across Asia-Pacific (APAC) determine what and who they believe in an increasingly complex information environment shaped by AI-generated content, misinformation, fragmented media and declining confidence in corporate claims.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings