the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cadangan pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dibentang hujung Ogos

KUALA LUMPUR: Cadangan pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada hujung bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu adalah sebahagian daripada agenda reformasi undang-undang Kerajaan MADANI.

Beliau menyatakan pemisahan ini telah lama dituntut dan akan dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi).

“Pemisahan ini memang dituntut sejak agak lama dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan membentangkannya kepada Jemaah Menteri pada akhir bulan ini, jadi kemajuan itu menggalakkan,” katanya di Dewan Rakyat.

Anwar menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mengenai undang-undang lapuk yang akan dipinda atau dimansuhkan.

Beliau menegaskan Kerajaan MADANI telah melaksanakan 23 reformasi undang-undang termasuk dua pindaan Perlembagaan.

Antara reformasi tersebut ialah pindaan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak dan penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.

“Hal ini saya tegaskan ialah rekod dua setengah tahun pentadbiran Kerajaan MADANI yang belum dapat ditandingi oleh kerajaan sebelum ini,” ujarnya.

Anwar turut menyenaraikan pencapaian reformasi undang-undang sejak 2023 hingga 2025.

Mengenai undang-undang antilompat parti, beliau menyatakan kesediaan untuk melengkapkan perundangan tersebut.

“Walaupun ada tuntutan, ada cadangan baharu, tidak apalah. Tetapi, janganlah kita padamkan bahawa yang menghalang dulu itu Yang Berhormat sebelah sana,” katanya merujuk kepada pembangkang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings