the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

55 peratus premis kesihatan swasta patuh paparan harga ubat

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55 peratus daripada 1,639 fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara mematuhi inisiatif pemaparan harga ubat di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Ubat) 2025.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata pemantauan mendapati 900 premis swasta menunjukkan pematuhan yang memuaskan.

Seramai 739 fasiliti lagi masih belum mencapai tahap pematuhan yang ditetapkan, termasuk paparan harga tidak lengkap atau sukar diakses pesakit.

“Kementerian akan mengambil tindakan susulan seperti pemantauan lebih ketat, bimbingan, dan penguatkuasaan berperingkat,“ katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi mengenai status pelaksanaan pemaparan harga ubat di fasiliti swasta dan farmasi komuniti.

Kementerian juga akan mengkaji impak inisiatif ini bermula September bagi merangka dasar lebih komprehensif.

“Kajian ini penting untuk mewujudkan sistem perkhidmatan perubatan swasta yang telus dan adil,“ jelasnya.

Mengenai isu caj konsultasi yang tidak disemak lebih 30 tahun, Lukanisman berkata sesi libat urus bersama Persatuan Perubatan Malaysia sedang dijalankan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings