the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peluasan bidang kuasa Ombudsman Malaysia tertangguh

KUALA LUMPUR: Proses libat urus berhubung cadangan peluasan bidang kuasa Ombudsman Malaysia ke peringkat negeri yang sepatutnya selesai Julai lepas, tertangguh berikutan bantahan daripada beberapa kerajaan negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata bantahan itu timbul kerana ada negeri yang sudah mempunyai ombudsman sendiri.

Beliau menambah ada juga negeri yang sedang dalam proses menubuhkan badan berkenaan.

“Ada juga negeri yang tak nak langsung campur tangan, walaupun dari segi pemantauan kepada agensi-agensi di peringkat negeri mereka,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Syahredzan Johan (PH-Bangi) yang ingin tahu adakah Ombudsman Malaysia akan mengendalikan hal-hal di luar bidang kuasa kerajaan Persekutuan.

Azalina berkata penubuhan Ombudsman Malaysia bertujuan memperkukuh tadbir urus yang baik.

Ia juga bertujuan meningkatkan akauntabiliti perkhidmatan awam dan menyediakan saluran aduan lebih berkesan.

Beliau berkata buat masa ini, cadangan penubuhan Ombudsman Malaysia akan meliputi agensi Persekutuan sahaja.

Pihaknya sedang meneliti kemungkinan peluasan bidang kuasa kepada agensi di peringkat negeri termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) tertakluk kepada persetujuan kerajaan negeri. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings