the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suspek pecah amanah cip kasino RM3 juta dipercayai lari ke luar negara

KUANTAN: Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes pecah amanah membabitkan cip kasino bernilai RM3 juta di Genting Highlands dipercayai telah melarikan diri ke luar negara.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata suspek kini berada di luar negara berdasarkan rekod.

Pihak polis akan bekerjasama dengan Interpol bagi mengesan suspek terbabit.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kami akan mengesan mana-mana individu yang membuat pertukaran cip berkenaan,“ katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kuantan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Pada majlis itu, Yahaya menyaksikan serah terima tugas Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Mohd Adli Mat Daud kepada ACP Ashari Abu Samah.

Ashari sebelum ini bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Alor Gajah.

Sebelum ini, media melaporkan polis menerima laporan daripada seorang pengurus syarikat junket berusia 32 tahun.

Laporan itu memaklumkan cip kasino bernilai RM3 juta telah dibawa lari dari sebuah bilik kasino tertutup di pusat peranginan itu.

Polis kini mengesan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang disyaki terlibat dalam kes ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan- Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aberdeen Technical School “ATS Robot” Wins 1st Runner-Up at Robofest World Championship

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - The robotics team from Aberdeen Technical School (ATS), ATS Robot, has shone brightly on the academic innovation and technology stage in recent years.

Striding AI Announces Plans to Develop Next-Generation Robotic Foundation Systems for Physical AI Deployment

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Striding AI today announced that it is developing a new generation of robotic foundation systems designed to accelerate the deployment of Physical AI in real-world environments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings