the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
27.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

14 rumah setinggan dan 4 kedai musnah dalam kebakaran di Pantai Dalam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 rumah setinggan dan empat premis kedai termasuk Mydin Mart dan Pasaraya Karnival musnah dalam kebakaran di Pantai Dalam, di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said berkata Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada 11.11 malam.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata kebakaran itu memusnahkan kira-kira 80 peratus kawasan perumahan berkeluasan anggaran 0.074 hektar serta premis kedai dengan keluasan 0.223 hektar.

“Bahagian atas Pasaraya Karnival musnah 100 peratus, tingkat bawah Mydin Mart terbakar 20 peratus, manakala tiga kedai lain bersebelahan mengalami kemusnahan 90 peratus setiap satu.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera dan kebakaran berjaya dikawal pada 1.49 pagi,” katanya dan menambah punca kebakaran masih disiasat Unit Siasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Beliau berkata tiga unit Fire Rescue Tender (FRT), dua unit Water Tanker (WT) dan satu unit Aerial Ladder Platform (ALP) dengan kekuatan 36 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai serta BBP Hang Tuah, Seputeh dan Sri Hartamas terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings