the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong lawati pusat teknologi dron Rusia di Moscow

MOSCOW: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat melawat Tochka Kipeniya, sebuah pusat teknologi dan inovasi di Moscow, sebagai sebahagian daripada lawatan negara di Rusia.

Ketibaan Seri Paduka Baginda disambut Penasihat kepada Presiden Persekutuan Rusia Dimitry Peskov dan Naib Presiden Kanan Institut Sains dan Teknologi Skolkovo (Skoltech) Alexey Ponomarev.

Mengiringi Seri Paduka Baginda, Menteri Pertahanan merangkap Menteri Pengiring Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai.

Sepanjang sesi lawatan selama satu jam itu, Sultan Ibrahim berkenan meninjau pameran teknologi dron Rusia, dengan dipersembahkan taklimat mengenai pelbagai inisiatif pembangunan teknologi kepada Seri Paduka Baginda diberikan Peskov.

Pameran itu turut mempamerkan pelbagai jenis dron yang direka untuk pelbagai aplikasi, sekali gus memperlihatkan keupayaan Rusia yang semakin berkembang dalam sektor sistem penerbangan tanpa juruterbang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings