the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat kejayaan Anwar sebagai Pengerusi ASEAN menurut wartawan Thailand

BANGKOK: Kejayaan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja mendapat pujian daripada wartawan veteran Thailand, Kavi Chongkittavorn. Beliau menyenaraikan empat pencapaian utama Anwar dalam artikelnya bertajuk “Four Wins For ASEAN Chair Anwar” yang disiarkan di Thai PBS World.

Kejayaan pertama ialah kemampuan Anwar memanfaatkan kedudukannya sebagai Pengerusi ASEAN untuk bertindak sebagai pengantara. “Perdana Menteri Malaysia itu mencatat empat kejayaan utama hasil langkah tegas beliau membantu meredakan ketegangan yang kian memuncak antara Thailand dan Kemboja,“ tulis Kavi.

Kejayaan kedua ialah mengubah krisis menjadi peluang untuk mengangkat semula peranan ASEAN. “Kuasa-kuasa besar sering memperlekeh ASEAN sebagai forum yang banyak bercakap tetapi kurang bertindak. Perjanjian gencatan senjata – yang masih bertahan – telah mengubah naratif itu,“ jelasnya.

Kejayaan ketiga ialah mempertemukan pemimpin Thailand dan Kemboja secara langsung di Kuala Lumpur. “Dalam konfrontasi sebelum ini antara 2008 hingga 2011, Thailand menolak sepenuhnya pengantaraan oleh ASEAN,“ kata Kavi.

Kejayaan keempat melibatkan keupayaan Anwar mengimbangi pengaruh Amerika Syarikat dan China. “Dua kuasa besar ini jarang sekali bekerjasama dalam apa jua hal ketika ini. Namun kedua-duanya menghantar wakir untuk menyokong inisiatif Pengerusi ASEAN,“ tambahnya.

Kavi menegaskan bahawa kejayaan ini membuktikan kemampuan ASEAN jika dipimpin oleh tokoh aktif seperti Anwar. “Bagi rantau ini, ia memberi harapan bahawa penyelesaian yang dipimpin ASEAN masih boleh berfungsi,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings