the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Pulau Pinang tahan 5 warga Timur Tengah kes curi wang pelancong

GEORGE TOWN: Polis menahan lima warga asing dari Timur Tengah susulan kes curi wang pelancong asing yang dipercayai dipukau di sekitar pusat bandar. Operasi Op Tourist dijalankan di Plaza Gurney dengan tiga lelaki dan dua wanita berusia 19 hingga 35 tahun ditahan.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, tiga laporan polis diterima antara 30 Julai hingga 1 Ogos membabitkan mangsa dari Taiwan, Belanda, dan Syria. “Mangsa diminta tunjukkan wang tunai sebelum diambil tanpa disedari,“ jelasnya.

Polis merampas pelbagai mata wang asing, dua kenderaan, dan sepeket ganja. Dua suspek juga positif dadah jenis THC. Kesemua mereka direman sehingga 6 Ogos di bawah Seksyen 379 dan 380 Kanun Keseksaan serta Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kami komited jamin keselamatan pelancong dan nasihat awam berhati-hati dengan individu tidak dikenali,“ tambah Mohd Alwi. Maklumat lanjut boleh disalurkan ke hotline 04-2221624- Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bracell welcomes Fernando Branco’s appointment to lead ABAF and reinforces commitment to sustainable forestry...

Bracell has welcomed Fernando Branco's appointment as ABAF president, reaffirming its commitment to sustainable forestry, responsible governance and environmental stewardship while supporting collaboration, biodiversity conservation and long-term development of Bahia's forestry sector.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings