the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua rakyat Malaysia meninggal dunia di wilayah Yala, Thailand

YALA: Konsulat Malaysia di Songkhla mengesahkan dua rakyat Malaysia meninggal dunia dalam kejadian berasingan di wilayah Yala, Thailand, pada Sabtu.

Kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 56 tahun dari Kedah yang meninggal dunia di Betong. Ketua Pegawai Penyiasat Polis Betong, Inspektor Pornchai Shunual, berkata mangsa memasuki Betong bersama isterinya pada 1 Ogos untuk menyertai program “OK BETONG Bike Week”.

“Menurut isterinya, mangsa rebah di dalam tandas ketika berhenti rehat dan tidak sedarkan diri. Dia dikejarkan ke Hospital Betong namun disahkan meninggal dunia kira-kira setengah jam kemudian,“ katanya.

Kematian itu diklasifikasi sebagai mati mengejut tanpa unsur jenayah. Jenazah dibenarkan dibawa pulang ke Kulim, Kedah, dengan bantuan konsulat.

Dalam kejadian kedua, seorang lelaki berusia 47 tahun dari Pulau Pinang maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan di Yaha. Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal di tempat kejadian. Jenazah dibawa ke Hospital Sadao sebelum dihantar pulang ke Pulau Pinang- Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings