the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PDRM umum pertukaran enam pegawai kanan berkuasakan Februari 2026

Polis Diraja Malaysia umum pertukaran enam pegawai kanan, melibatkan JSJN, JKDNKA dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, berkuat kuasa 9 Februari 2026

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran enam pegawai kanan berkuat kuasa 9 Februari 2026.

Pertukaran itu melibatkan pertukaran jawatan secara timbal balik di beberapa jabatan strategik Bukit Aman serta Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Setiausaha Polis Malaysia DCP Abdul Rahman Kassim berkata ia antaranya melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA).

Datuk Mohd Zaki Ashar dilantik sebagai Komander Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan dan Siasatan Khas Bahagian Pasukan Gerakan Am (PGA), JKDNKA.

Beliau sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) JSJN.

Jawatan Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) JSJN pula akan disandang oleh SAC Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi.

SAC Zairulnizam sebelum ini memegang jawatan Komander Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan dan Siasatan Khas Bahagian PGA, JKDNKA.

Pertukaran turut melibatkan jawatan Ketua Polis Daerah Sentul.

ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari dilantik sebagai ACP Urus Setia Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.

ACP Basri Sagoni yang sebelum ini ACP Urus Setia JPJKK Bukit Aman pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sentul.

ACP Rahiman Abdullah @ Yacob dilantik sebagai Penolong Pengarah (Urus Tadbir) Bahagian Dasar Sumber Manusia Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Beliau sebelum ini menggalas tanggungjawab sebagai Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelencungan/Hartanah) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

ACP J.S. Gurbinder Singh Mann pula dilantik sebagai Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelencungan/Hartanah) JSJK Bukit Aman.

Beliau sebelum ini menyandang jawatan Penolong Pengarah (Urus Tadbir) Bahagian Dasar Sumber Manusia Jabatan Pengurusan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories