the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa banjir di Sabah, Sarawak berkurangan kepada 3,168 orang

Bilangan mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun kepada 3,168 orang di PPS petang ini, berbanding 4,257 orang pada waktu pagi

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sarawak dan Sabah mencatatkan penurunan setakat 4 petang tadi.

Seramai 3,168 orang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 4,257 orang pada sebelah pagi.

Di Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan hanya 29 PPS masih aktif petang ini.

Pusat-pusat itu menempatkan 2,802 mangsa daripada 864 keluarga, berbanding 41 PPS yang menempatkan 3,890 mangsa pada 8 pagi tadi.

Sebelas PPS telah ditutup di kawasan Samarahan, Gedong, Siburan dan Balai Ringin ekoran keadaan banjir yang semakin terkawal.

Bagaimanapun, JPBN memaklumkan jumlah mangsa mencatat peningkatan di beberapa lokasi tertentu.

Peningkatan itu melibatkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Krusen di Serian, serta PPS Dewan Suarah dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebauh di Bintulu.

Di Sabah, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 366 orang daripada 138 keluarga.

Pada pagi tadi, jumlah mangsa direkodkan sebanyak 367 orang daripada 137 keluarga.

Kesemua mangsa di daerah Beaufort itu ditempatkan di dua pusat pemindahan yang masih beroperasi.

Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Dewan Slagon merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 328 orang daripada 123 keluarga.

Selebihnya ditempatkan di PPS Dewan Sri Dayang Shahbandar, Padas Damit. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings