the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Polis terima lima laporan berhubung iklan program ‘Glamping With Pride’

Polis sedang siasat lima laporan dakwa program ‘Glamping With Pride’ di Hulu Langat berpotensi timbulkan masalah sosial dan langgar tatasusila

KUALA LUMPUR: Polis menerima lima laporan berhubung iklan program “Glamping With Pride” yang dijadualkan berlangsung pada 17 dan 18 Januari ini di Hulu Langat, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata laporan itu mendakwa program tersebut berpotensi menimbulkan masalah sosial dan melanggar tatasusila.

Satu daripada laporan tersebut diterima pada kira-kira 6 petang Khamis, dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Naazron menasihatkan masyarakat supaya sentiasa menjaga tatasusila dan tidak melakukan perbuatan yang sengaja mengaibkan atau boleh mengganggu keamanan awam.

“Tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil sekiranya aktiviti sedemikian diteruskan,” katanya.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pegawai penyiasat ASP Nur Ayuni Abd Aziz di talian 016-2080717 bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata pihak berkuasa memantau rapi penganjuran program tersebut.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang usaha untuk menormalisasikan perlakuan seks songsang.

Beliau menegaskan perbuatan sedemikian merupakan kesalahan di bawah undang-undang sedia ada, termasuk Akta Kesalahan Jenayah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Kanun Keseksaan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories