the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengarah JKR negeri akan didakwa esok atas kes rasuah projek penyenggaraan

PUTRAJAYA: Seorang pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) di sebuah negeri akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok berhubung kes rasuah membabitkan penerimaan wang suapan daripada beberapa kontraktor berkaitan projek penyenggaraan kerajaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata siasatan mendapati pengarah berkenaan bersama beberapa pegawai lain dipercayai menerima wang sogokan daripada kontraktor sebagai balasan mendapatkan projek bernilai ratusan ribu ringgit.

“Siasatan dijalankan oleh Bahagian Operasi Khas SPRM, dan pihak pendakwaan akan mendakwa suspek utama mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan membabitkan lima pertuduhan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ahmad Khusairi berkata hasil siasatan turut membawa kepada penyitaan dan pembekuan aset berjumlah RM6.13 juta membabitkan 79 akaun individu serta 16 akaun syarikat.

Antara aset yang telah dirampas termasuk kenderaan mewah, wang tunai dan beberapa hartanah yang dipercayai diperoleh hasil kegiatan rasuah.

Beliau menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap penjawat awam yang menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi, terutama dalam isu melibatkan integriti projek kerajaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings