the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

DRG akan dilaksanakan terhadap penyedia penjagaan kesihatan awam, swasta – Dzulkefly

KUALA LUMPUR: Model pembayaran sistem kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) akan dilaksanakan terhadap penyedia penjagaan kesihatan awam dan swasta dengan penekanan khusus kepada sektor swasta, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

“Ini adalah pendekatan yang paling piawai, adil dan saksama. Jadi, sudah tentu melibatkan sektor awam dan swasta, terutamanya swasta, kerana kita mahu mengawal inflasi perubatan dalam sektor swasta,” katanya kepada pemberita selepas sesi panel beliau pada Simposium Sasana 2025 anjuran Bank Negara Malaysia (BNM).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan sistem DRG hanya akan dilaksanakan di sektor awam dan tidak melibatkan penyedia penjagaan kesihatan swasta.

Bagaimanapun, Dzulkefly berkata persoalan bagaimana dan bila pelaksanaan akan dijalankan adalah di luar bidang kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) kerana ia melibatkan tiga pihak iaitu KKM, Kementerian Kewangan, BNM serta pihak berkepentingan lain.

Media sebelum ini melaporkan fasa pertama sistem DRG akan menumpukan kepada penyakit ringan di hospital yang dijangka dilaksanakan hujung tahun ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings