the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JaPen perlu sampaikan maklumat dasar kerajaan kepada Komuniti Madani dalam tempoh 24 jam

LUMUT: Jabatan Penerangan (JaPen) perlu menyampaikan maklumat berkaitan dasar-dasar penting kerajaan kepada Komuniti MADANI dalam tempoh 24 jam selepas ia diumumkan, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata langkah itu perlu dilakukan supaya kesemua 1,878 Komuniti MADANI di seluruh negara mendapat maklumat tepat, sahih dan pantas.

“Jadi tugas yang saya berikan kepada Jabatan Penerangan adalah untuk pastikan kumpulan Komuniti MADANI ini menjadi kumpulan pertama mendapat maklumat tepat tentang satu-satu dasar yang telah diumumkan.

“Memang kerjanya berat, tetapi inilah fungsi dan tugas kita (JaPen) ke depan,” katanya ketika ditemui pada Program Akademi Asas Penerangan (ASAS) Zon Utara B anjuran JaPen di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL-MIMET) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah JaPen Julina Johan.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata terdapat banyak ruang untuk JaPen menambah baik penyampaian maklumat kepada rakyat dan perkara itu sudah beliau bincangkan dengan pihak pengurusan agensi berkenaan mengenai mekanisme terbaik yang akan dilaksanakan seawal minggu depan.

“Saya rasa pasukan PPD (Pejabat Penerangan Daerah) sudah pasti akan laksanakan tugas dengan baik… Kita semua perlu berusaha dengan gigih untuk pastikan Komuniti MADANI di bawah jagaan kita sentiasa mendapat maklumat yang tepat,” katanya.

Terdahulu Fahmi menyantuni hampir 150 orang ahli Komuniti MADANI dari Perak dan Pulau Pinang sempena program anjuran JaPen itu.

Sementara itu JaPen dalam kenyataan memaklumkan penganjuran ASAS kali ini memberi fokus kepada pengaktifan media sosial dalam kalangan Komuniti MADANI bagi menyebarkan maklumat kerajaan yang sahih dan terkini.

“Ini (fokus tersebut) bertujuan menjadikan media sosial sebagai alat strategik untuk menangkis naratif palsu dan tidak benar yang boleh menggugat keharmonian masyarakat dan kestabilan negara,” menurut kenyataan itu.

JaPen memaklumkan sehingga kini 373 video pendek yang menjelaskan pelbagai isu semasa telah dimuat naik oleh Komuniti MADANI di pelbagai platform media sosial sebagai sebahagian daripada usaha memperluas capaian maklumat sahih kepada masyarakat.

Berkonsepkan Training of Trainers (ToT), menurut JaPen Modul ASAS dibangunkan untuk memastikan ahli Komuniti MADANI berupaya berperanan sebagai Key Opinion Leaders (KOL) di peringkat komuniti masing-masing.

“Ini termasuk kemampuan untuk menyampaikan penjelasan tentang isu semasa melalui media sosial secara berkesan dan selari dengan landskap komunikasi digital kini,” menurut kenyataan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Honda LCR unveils striking black-and-gold GOD55 Sports livery for 2026 Italian MotoGP

Honda LCR and GOD55 Sports unveiled a special black-and-gold livery at the 2026 Italian MotoGP in Mugello, marking a milestone in their partnership. The striking design, ridden by returning rider Cal Crutchlow, highlighted the brand's growing presence in global motorsport and fan engagement.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings