Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Bernama Sabaruddin Ahmad Sabri yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga bekas wartawan Bernama Sabaruddin Ahmad Sabri yang meninggal dunia.
Beliau berkata pemergian Sabaruddin yang juga pengacara RTM pasti dirasai dalam kalangan pengamal media dan dunia penyiaran.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah,“ katanya menerusi Facebook.
Isteri Allahyarham, Suzrina Shamsuddin memaklumkan suaminya meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat jangkitan paru-paru.
Sabaruddin menghembuskan nafas terakhir pada 5.28 pagi tadi.
Jenazahnya akan dibawa ke Masjid Jamek FRIM untuk disolatkan selepas zuhur.
Pengebumian akan diadakan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Taman Ehsan, Kepong.
Sabaruddin meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak








