the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 16, 2026
24.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan tidak halang Selangor laksanakan ternakan babi moden di Bukit Tagar

Kerajaan Persekutuan tiada halangan terhadap rancangan Selangor untuk penternakan babi berpusat dan moden di Bukit Tagar jika sesuai persekitaran.

PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan tiada halangan terhadap keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk melaksanakan penternakan babi secara berpusat dan moden di Bukit Tagar, Hulu Selangor.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ini tertakluk kepada kesesuaian kawasan itu dari aspek persekitaran serta pengurusan.

Beliau menegaskan sebarang projek penternakan perlu memenuhi keperluan alam sekitar dan dilaksanakan mengikut perancangan yang strategik.

BACA: Sultan Selangor gariskan tiga ketetapan hala tuju operasi penternakan babi negeri

“Kalau didapati Bukit Tagar lebih sesuai dengan persekitarannya, maka kami di peringkat Persekutuan tidak ada masalah (dengan) apa yang nak dibuat oleh kerajaan negeri,” katanya.

Mohamad berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu 2026 Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di sini.

Beliau menekankan sebarang pemindahan ladang ternakan perlu mengambil kira aspek kelestarian alam sekitar.

Ini bagi mengelak aktiviti pencemaran yang boleh menjejaskan kesejahteraan penduduk setempat.

“500 ekar tu luas tetapi mesti (konsep) moden untuk mengelakkan pencemaran. Kalau dilakukan dengan sistem (ternakan) moden, tidak akan berlaku pencemaran,” katanya.

Beliau berkata amalan penternakan moden itu akan memastikan pengurusan ternakan lebih efisyen.

Ia juga memberi kesan positif terhadap alam sekitar serta komuniti setempat.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan Selangor telah memutuskan untuk melaksanakan aktiviti penternakan itu di Bukit Tagar.

Langkah itu adalah strategik jangka panjang untuk penstrukturan semula industri itu bermula 2030. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories