the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah tetapkan April 17 untuk hukuman pengasuh aniaya bayi di taska

Mahkamah Sesyen tetapkan 17 April untuk jatuhkan hukuman ke atas pengasuh yang mengaku aniaya dua bayi di sebuah taska di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen menetapkan 17 April ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap seorang pengasuh yang mengaku bersalah melakukan penganiayaan terhadap dua bayi di sebuah taska.

Hakim Suhaila Haron menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan menyediakan laporan perubatan mangsa daripada hospital kerajaan.

“Mahkamah memerlukan laporan penuh mangsa daripada hospital kerajaan (untuk menjatuhkan hukuman), oleh itu mahkamah ini menetapkan 17 April untuk hukuman,” kata Suhaila.

BACA: Polis siasat bayi patah paha di rumah pengasuh Sentul

Pada tarikh sama, ibu mangsa akan membacakan pernyataan impak mangsa di mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Aisyah Mohamed Zanyuin memaklumkan pihaknya hanya menyediakan laporan perubatan seorang bayi lelaki berumur enam bulan daripada sebuah klinik swasta.

Beliau turut memberitahu bagi satu lagi pertuduhan, Mahkamah Sesyen Jenayah 15 telah menetapkan 17 April untuk fakta kes dan hukuman.

Peguam pemerhati yang mewakili ibu bapa mangsa, Jason Wee, memohon supaya pernyataan impak mangsa dibacakan oleh ibu mangsa pada tarikh hukuman.

Selepas prosiding, Wee memaklumkan tujuan mengemukakan pernyataan itu adalah bagi memberi penjelasan serta kesedaran kepada masyarakat tentang kes yang melibatkan bayi.

“Pernyataan impak mangsa ini amat penting kerana ia melibatkan bayi kecil yang tidak boleh bercakap serta tidak boleh berjalan lagi,” kata peguam itu.

Pada 8 Januari lepas, Perada Randai, 27, mengaku bersalah menganiaya seorang bayi perempuan berumur sembilan bulan dengan menampar pipi dan mengetuk kepalanya.

Dia juga mengaku bersalah melakukan perbuatan sama terhadap seorang bayi lelaki berumur enam bulan dengan menutup mukanya dengan bantal dan memaksanya minum susu.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah taska di Kampung Baru Salak Selatan antara 8 pagi hingga 6 petang pada 15 Disember lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings