the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 17, 2026
28.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Solat asas pembinaan keadilan, keharmonian sejagat – PM Anwar

PM Anwar tekankan solat sebagai asas keadilan dan keharmonian global, seru semua pihak tolak prasangka dan hidup rukun damai.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa antara peristiwa agung dalam Israk dan Mikraj ialah penerimaan perintah solat lima waktu sebagai ibadah teras Muslim.

Beliau berkata solat mempunyai dimensi luas dengan kesan mendalam terhadap pembentukan diri individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Anwar menjelaskan bahawa ulama Nusantara Syeikh Daud Al-Fatani dalam karya Munyatul Musolli turut mengaitkan ibadah solat dengan prinsip keadilan dan tatakelola yang baik.

BACA: Anwar tegaskan keutamaan bahasa Melayu sebelum tuntutan lain

“Keadilan adalah tentang keseimbangan dan wujud secara beriringan dengan fenomena convivencia global, iaitu keadaan masyarakat sejagat hidup bersama dalam budaya damai,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri berkata usaha mencapai keadilan merupakan tanggungjawab bersama Muslim dan bukan Muslim demi matlamat kemanusiaan sejagat.

Beliau menyeru semua pihak terus memelihara kehidupan secara rukun dan damai.

Anwar turut menggesa penolakan terhadap prasangka, stereotaip palsu dan naratif permusuhan yang boleh menghancurkan keharmonian masyarakat.

“Pada masa yang sama mesti tetap tawaduk dan rendah hati, kerana kita mungkin tidak mempunyai jawapan yang tepat,” katanya.

Beliau menambah bahawa kita tidak boleh terlalu gopoh menganggap sesuatu jawapan sebagai penyelesaian yang tuntas. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories