the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Tiada ketegangan dalam UMNO susulan keputusan Tengku Zafrul keluar parti – Ahmad Zahid

LONDON: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak wujud sebarang ketegangan sehingga menghangatkan suhu dalaman UMNO berikutan keputusan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz keluar parti.

Presiden UMNO itu berkata kebanyakan akar umbi berpandangan tindakan Tengku Zafrul meletak jawatan dalam parti adalah wajar.

“Saya tidak nampak ‘suhu kepanasan’ berlaku dalam kalangan UMNO, eloklah keluar kalau tidak ada kesetiaan di dalam parti… jangan ganggu beliau kerana beliau sedang mengerjakan haji, moga-moga ketenangan menyelubungi minda beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan pramesyuarat bersama delegasi Malaysia sempena lawatan kerja empat hari ke United Kingdom yang bermula hari ini.

Jumaat lepas, Tengku Zafrul menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa beliau telah menghantar surat peletakan jawatan dalam UMNO untuk menyertai PKR.

Menjawab soalan mengenai rombakan Kabinet jika tempat Tengku Zafrul sebagai Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri perlu diganti, Ahmad Zahid berkata perbincangan perlu diadakan secara dalaman antara Kerajaan Perpaduan.

“Hak mutlak pelantikan menteri ini adalah atas (budi bicara) Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“ …elok kita adakan perbincangan secara dalaman supaya tidak timbul interpretasi yang pelbagai dalam perkara ini,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata UMNO mahu supaya kuota tujuh menteri penuh di dalam Kabinet Persekutuan dikembalikan kepada parti berkenaan susulan tindakan Tengku Zafrul itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.
spot_img

Popular Categories