the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keputusan PRK Kinabatangan dan Lamag dijangka seawal 10 malam Sabtu

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

SPR jangka keputusan PRK Kinabatangan dan DUN Lamag boleh diketahui seawal 10 malam Sabtu, peti undi diangkut helikopter dan bot.

KINABATANGAN: Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri Lamag dijangka diketahui seawal 10 malam pada Sabtu ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Seri Ramlan Harun berkata jangkaan masa itu mengambil kira faktor geografi serta kedudukan pusat-pusat pengundian yang terletak agak jauh, khususnya di kawasan pedalaman.

“SPR memberi jaminan semua peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Sri Lamag mengikut masa yang ditetapkan,” katanya.

Beliau menegaskan tiada alasan untuk peti undi tidak sampai ke pusat penjumlahan rasmi undi.

Ramlan berkata biarpun ada pusat mengundi yang menggunakan perkhidmatan helikopter dan bot, SPR telah mengambil langkah sebaik mungkin bagi memastikan semua peti undi sampai.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pusat mengundi awal bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings