the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pihak perubatan puas hati dengan kemajuan pemulihan Tun Mahathir

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Pihak perubatan dan doktor pakar berpuas hati dengan tahap kemajuan pemulihan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas 14 hari dirawat di IJN.

KUALA LUMPUR: Pihak perubatan dan doktor pakar yang merawat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) berpuas hati dengan tahap kemajuan proses pemulihannya.

Setiausaha Akhbar Dr Mahathir, Sufi Yusoff, memaklumkan beliau masih menerima rawatan fisioterapi tanpa pembedahan selepas 14 hari dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

“Bagaimanapun, proses pemulihan secara fisioterapi ini tetap dijangka mengambil masa yang agak panjang,” katanya.

Sufi turut memaklumkan Dr Mahathir dan keluarganya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertanyakan keadaan kesihatan beliau.

Pihak keluarga juga memohon maaf kerana ziarah buat masa ini terhad kepada keluarga atas nasihat pakar perubatan.

Negarawan berusia 100 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 6 Januari selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya.

Beliau disahkan mengalami patah tulang pinggul kanan dan menjalani rawatan fisioterapi tanpa pembedahan.

Keputusan rawatan itu dibuat selepas perbincangan bersama doktor pakar daripada IJN, Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Hospital Kuala Lumpur.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings