the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aidilfitri: Tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak kekal rendah, terkawal – Loke

KUALA LUMPUR: Tambang tiket penerbangan pada musim perayaan tahun ini kekal lebih rendah dan terkawal, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata ia hasil inisiatif kerajaan yang menetapkan harga siling serta komitmen syarikat penerbangan yang menambah kapasiti penerbangan semasa musim perayaan.

“Ini merupakan satu cabaran besar setiap kali musim perayaan tetapi saya bangga kerana tahun ini kita tidak dengar tidak dapat beli tiket penerbangan balik Sabah, Sarawak ataupun tiket penerbangan yang terlalu mahal kerana memang kita ada dasar harga maksimum semasa musim perayaan.

“Tambahan pula ada penerbangan tambang tetap yang lebih rendah daripada harga maksimum kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Loke berkata semalam beliau berpeluang menyantuni penumpang Sabah dan Sarawak yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas usaha syarikat penerbangan yang menyediakan kapasiti tambahan kerana ia bukan suatu yang mudah dan memerlukan penyelarasan rapi pelbagai pihak seperti pengawal selia, syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang.

“Tidak dilupakan, barisan petugas seperti pengawal trafik udara, krew kabin, juruterbang, dan pengendali darat yang membuat pengorbanan masa dan tenaga demi memastikan perjalanan rakyat Malaysia berjalan lancar,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings