the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu cuai, melulu – Lee

KUALA LUMPUR: Hukuman lebih berat terhadap mereka yang memandu secara melulu dan cuai perlu dilaksanakan bagi mengurangkan jumlah kematian dan kecederaan serius akibat kemalangan jalan raya terutamanya semasa musim perayaan, kata Pengerusi Perikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye.

Menerusi kenyataan hari ini, beliau menggesa kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan untuk menambah kadar denda dan memperkenalkan hukuman penggantungan lesen terhadap individu yang memandu laju dan memotong kenderaan secara berbahaya.

“Pesalah berulang harus dikenakan tindakan undang-undang yang lebih ketat termasuk kemungkinan hukuman penjara,“ katanya.

Aktivis sosial itu turut menekankan keperluan penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap kenderaan berat kerana kenderaan itu menyumbang kepada kadar kematian akibat kemalangan jalan raya yang tinggi.

“Pemeriksaan ketat perlu dilakukan bagi memastikan kenderaan komersial berada dalam keadaan selamat dan pemandu tidak keletihan, atau berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol,“ katanya.

Lee berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu meningkatkan kehadiran mereka dengan menambah lebih banyak pegawai penguat kuasa di lebuh raya dan jalan utama, khususnya di kawasan yang sering berlaku kemalangan.

Beliau berkata kamera pengawasan yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI) dan sistem pengecaman nombor pendaftaran automatik (ANPR) juga perlu diperluas untuk mengesan pesalah trafik pada masa sebenar.

Lee turut menggesa supaya pemandu yang berjalan jauh diwajibkan berehat dan segera melakukan pemeriksaan kenderaan sebelum waktu puncak musim perayaan terutamanya bagi bas ekspres dan lori.

“Walaupun penguatkuasaan adalah penting, membentuk budaya pemanduan yang bertanggungjawab juga sama mustahaknya. Kempen kesedaran harus menekankan tanggungjawab masing-masing, tabiat pemanduan selamat dan kesan buruk pemanduan melulu terhadap keluarga dan masyarakat,“ katanya.

Beliau berkata musim perayaan seharusnya menjadi waktu penuh kegembiraan dan bukanlah tragedi. Tanpa penguatkuasaan yang ketat, hukuman lebih berat dan penggunaan teknologi moden, kehilangan nyawa di jalan raya akan berterusan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings