the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 4,000 wanita di Melaka jalani saringan percuma HPV DNA

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Seramai 4,003 wanita di Melaka telah menjalani saringan HPV DNA percuma sejak 2019, dengan 211 kes positif dikesan, kebanyakannya dalam kalangan wanita berusia 40 tahun ke atas.

ALOR GAJAH: Sebanyak 4,003 wanita di Melaka telah menjalani saringan ujian Human Papillomavirus (HPV) DNA secara percuma dari 2019 hingga tahun lepas.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Nordin (gambar) berkata daripada jumlah itu, 211 wanita didapati positif HPV.

Kebanyakan kes positif itu melibatkan wanita berusia 40 tahun ke atas.

Beliau berkata LPPKN negeri menyasarkan 1,000 wanita untuk disaring pada tahun ini melalui pelbagai pendekatan.

“Ini termasuk program outreach oleh Pusat Keluarga Bergerak LPPKN,” katanya.

Kalsom berkata jumlah wanita yang menjalani ujian saringan kanser serviks di Melaka masih rendah tetapi meningkat dari tahun ke tahun.

“Kesedaran berkaitan pemeriksaan awal penyakit itu semakin tinggi,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata sebahagian golongan wanita sebelum ini takut untuk menjalani ujian saringan kerana fobia.

“Ada pula yang tidak menyedari gejala atau simptom yang mereka hadapi,” tambahnya.

Ujian saringan kanser serviks kini boleh dilakukan sendiri oleh golongan wanita menggunakan Kit Ujian HPV DNA.

Kalsom berkata kaedah yang dibekalkan LPPKN itu lebih mudah dan tidak menyakitkan.

Keputusan ujian boleh diperoleh dalam tempoh dua minggu.

Wanita juga boleh melakukan saringan di Klinik Nur Sejahtera LPPKN negeri.

Saringan turut disediakan melalui Klinik Bergerak LPPKN semasa program outreach di seluruh negeri.

“Saringan awal bagi mengesan kanser serviks disarankan terutamanya untuk wanita berusia 30 tahun ke atas,” katanya.

Beliau menekankan mereka merupakan kumpulan paling berisiko.

“Usaha ini amat penting supaya langkah pencegahan dan rawatan sesuai dapat dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Peringkat Negeri Melaka 2026.

Program itu diadakan di Kampung Orang Asli Bukit Payung.

Seramai 50 wanita daripada masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan menjalani saringan ujian HPV DNA pada program itu.

Kalsom berkata program berkenaan akan diperluaskan ke kampung Orang Asli lain di negeri itu.

Ini bagi memberi pendedahan mengenai ujian HPV DNA dan menggalakkan saringan secara berkala.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings