the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat tiba di tanah air pagi ini, selepas menjalani rawatan di luar negara.

Menurut hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim disambut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Zailani Hashim, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini dan pegawai-pegawai Istana Negara.

“Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat yang menitipkan doa buat kesihatan Seri Paduka Baginda,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, Istana Negara menerusi kenyataan pada 18 Feb memaklumkan Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan muskulosletal (otot dan tulang) di luar negara.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings