the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SOSMA: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu

GEORGE TOWN: Prinsip keadilan dalam keseimbangan antara kewajipan mempertahankan keselamatan negara dan ketenteraman awam dengan menghormati hak asasi individu akan menjadi fokus pembentangan kenyataan menteri berhubung Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan bersedia untuk meneliti semula SOSMA khususnya beberapa seksyen yang termaktub dalam akta tersebut namun terdapat juga kewajaran mengguna pakai seksyen terbabit khusus bagi jenayah terancang dan keganasan yang ekstrem.

Beliau akan membentangkan Kenyataan Menteri itu berhubung hala tuju SOSMA daripada perspektif keputusan kerajaan termasuk meneliti semula seksyen-seksyen yang termaktub dalam akta berkenaan di Parlimen pada minggu depan.

“Seksyen-seksyen yang dianggap sebagai barangkali sudah sampai masanya untuk kerajaan teliti balik secara khususnya Seksyen 13 yang berkaitan dengan kesalahan yang boleh diikat jamin dan tidak boleh diikat jamin.

“Semalam Jemaah Menteri perhalusi aspek mana misalnya SOSMA ini digunakan dalam kes-kes jenayah terancang ataupun gangsterisme yang tahap ekstrem dan keselamatan, SOSMA adalah undang undang yang sesuai untuk digunakan bagi menghadapi keadaan itu. Ini bukannya jenayah biasa,” katanya selepas menghadiri Sambutan Dua Dekad Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (2DMM) di Persiaran Karpal Singh di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan bersedia untuk menilai dan menyesuaikan SOSMA dengan keperluan semasa serta memaklumkan sepanjang dua tahun lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk pakar keselamatan dan organisasi berkaitan, berhubung akta itu.

Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan MADANI memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta SOSMA diteliti dan disemak semula bagi menambah baik akta berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings