the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia-Indonesia runding sempadan darat belum capai kata putus

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Rundingan sempadan darat Malaysia-Indonesia masih berjalan dengan keputusan muktamad belum dicapai, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

SEREMBAN: Persempadanan darat antara Malaysia dengan Indonesia masih dalam rundingan.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perbincangan dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang.

“Rundingan masih lagi dilakukan. Kawasan-kawasan itu di atas peta dan under the ground, ia berbeza,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menegaskan keputusan muktamad masih belum dicapai.

“Perbincangan mengikut undang-undang, tetapi belum diputuskan. Kita akan suruh jawatankuasa teknikal dan juga juruukur kita buat,” jelasnya.

Mohamad berkata pengakhirannya akan melibatkan persetujuan pemimpin negara.

“Pengakhir cerita nanti pemimpin-pemimpin negara akan ada persetujuan, pemahaman tentang cara untuk diputuskan,” katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal laporan media tertentu.

Anwar menafikan dakwaan Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan.

Perdana Menteri berkata Malaysia akan berunding secara baik berhubung isu pampasan tanah tersebut.

Media sebelum ini melaporkan tiga desa di Nunukan, Kalimantan Utara didakwa beralih ke Malaysia.

Laporan itu mendakwa Indonesia memperoleh tambahan kawasan seluas 5,207 hektar dari Malaysia.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup turut melaporkan rundingan dilaksanakan secara harmoni.

Beliau menegaskan proses itu tidak bersandarkan prinsip timbal balik, pampasan atau untung-rugi.

Pemuktamadan pengukuran sempadan darat dibuat melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman pada 18 Feb 2025.

Proses perundingan teknikal itu telah berjalan selama lebih 45 tahun.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Chinese company YingShen Intelligence’s 4D World Model–Powered Embodied Robots Enter Vietnamese Factories, Pioneering a...

HANGZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 17 July 2026 - Several footwear manufacturers in Vietnam have entered into strategic partnerships with Hangzhou Yingshen Intelligent Technology Co., Ltd. (Yingshen Intelligence), a Chinese artificial intelligence company specialising in 4D world models and embodied intelligence.

Shaifubari clinches dramatic PGM Royal Pekan Closed Championship title

Veteran Shaifubari Muda capped his domestic season in style after defeating Marcus Lim in a playoff to win the PGM Royal Pekan Closed Championship at Royal Pekan Golf Club.Shaifubari carded a birdie on the 18th hole to finish at seven-under-par, taking the clubhouse lead after overnight leader Sukree bogeyed the closing hole to slip into second place.Marcus, playing alongside Sukree in the final group, birdied the last to force a playoff with Shaifubari.Returning to the 18th, both players found the fairway off the tee before Shaifubari fired his approach to within three yards of the pin. Marcus's second shot finished on the right side of the green, but his birdie putt stopped a yard short.Shaifubari calmly holed his birdie putt to seal the title and the RM31,500 winner's cheque.Ben Leong recorded the lowest round of the day with a six-under 66 to finish the tournament at five-under overall.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings