the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Remaja terjatuh bersama motosikal di Sungai Padang Terap ditemukan lemas

PENDANG: Remaja lelaki yang dipercayai terjatuh bersama motosikalnya ke dalam Sungai Padang Terap dekat sini, ditemukan lemas pagi tadi.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah (JBPM) Penguasa Kanan Bomba 1 Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata mayat Nur Haidar Nasrul, 17, ditemukan pada 11.18 pagi, kira-kira 10 meter dari lokasi dia dikatakan terjatuh.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan pada 7.15 pagi tadi melibatkan tiga anggota membuat rondaan pemantauan surface searching di sekitar sungai berkenaan.

“Pasukan Penyelamat Di Air membuat selaman pertama pada 10.34 pagi, selaman kedua pada 11.01 serta selaman ketiga turut dilakukan.

“Pada selaman ketiga mangsa berjaya dijumpai pada 11.18 pagi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun disyaki lemas selepas motosikal jenis Modenas Kriss dinaikinya ditemukan di dalam sungai itu pada 7.16 malam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings