the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 28, 2026
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

PM Anwar tekankan keutamaan tingkat mutu pendidikan untuk martabat negara

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan peningkatan kualiti pendidikan sebagai cabaran utama untuk angkat martabat dan daya saing Malaysia.

SEMENYIH: Peningkatan mutu pendidikan perlu menjadi keutamaan semua pihak dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan lebih berdaya saing.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemajuan sesebuah negara mustahil dicapai tanpa asas pendidikan yang kukuh.

“Kualiti pendidikan, itu menjadi cabaran kita yang terbesar. Negara ini, kalau mahu angkat martabat, mahu maju, mutu pendidikan mesti diperbaiki,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Pembangunan Prasarana Awam Semenyih.

Beliau menekankan kepentingan penguasaan bahasa, matematik, sains serta keupayaan untuk mengadaptasi teknologi baharu seperti kecerdasan buatan.

Seiring dengan matlamat itu, kerajaan akan melaksanakan kemasukan murid Tahun Satu pada usia enam tahun secara sukarela bermula tahun depan.

Anwar menegaskan lebih 100 negara telah memulakan persekolahan formal pada usia tersebut dan Malaysia tidak boleh tertinggal.

Beliau menggesa semua pihak termasuk ketua kampung dan JKKK menasihati ibu bapa untuk merebut peluang di bawah dasar baharu tersebut.

“Jangan ada anak kita yang ketinggalan, jadi sebaik mungkin pelajar daftar,” katanya.

Mengulas cabaran peruntukan tambahan kira-kira RM800 juta untuk pelaksanaan dasar itu, Anwar mengulangi komitmen kerajaan untuk mencari penyelesaian.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukan tersebut diperlukan untuk keperluan seperti pengambilan guru baharu dan penyediaan bilik darjah tambahan.

“Boleh cari, kita cari juga sebab kita hendak anak-anak kita merasa nikmat pendidikan yang baik di negara kita,” katanya.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories