the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Felda yakin isu tanah komersial dengan Terengganu capai penyelesaian

Felda yakin rundingan dengan Kerajaan Negeri Terengganu mengenai isu tanah ladang komersial akan mencapai penyelesaian positif dan berkekalan.

KUALA TERENGGANU: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yakin isu tanah ladang komersial dengan Kerajaan Negeri Terengganu akan mencapai penyelesaian positif dan berkekalan.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata (gambar), siri rundingan yang berlangsung sejak lebih sebulan lalu kini sampai ke peringkat akhir.

“Kita sudah sampai ke peringkat akhir supaya satu titik pertemuan, banyak tolak ansur, banyak memahami antara satu sama lain dapat dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Buffet Review Sinar Ramadan 2026 anjuran Felda Residence Kuala Terengganu.

Ahmad Shabery menambah, sebarang hasil rundingan perlu melalui proses termasuk dibawa ke pengetahuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau juga menjelaskan pengoperasian di 10 ladang yang terjejas masih diteruskan oleh FGV Holdings Bhd demi kelangsungan peneroka.

“Walaupun tanah yang terlibat itu dikendalikan oleh FGV tetapi ia menjadi sumber pendapatan Felda untuk menampung keperluan peneroka,” katanya.

Sebelum ini, Terengganu mengeluarkan notis larangan menceroboh tanah yang diusahakan Felda di 10 ladang seluas kira-kira 15,000 hektar.

Notis itu didakwa kerana tanah diteroka tanpa pembayaran premium, cukai atau perkongsian keuntungan selama lebih 40 tahun.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Terengganu telah melanjutkan tempoh remedi kepada Felda susulan perkembangan positif hasil rundingan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings