the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Salah guna logo halal: Jangan buat spekulasi, beri ruang proses siasatan – Armizan

PUTRAJAYA: Semua pihak diminta tidak membuat spekulasi berhubung isu penyalahgunaan logo halal membabitkan produk ‘ham dan cheese’ yang dijual dalam premis di sebuah universiti awam di Kuala Lumpur, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau turut meminta semua pihak agar memberi ruang serta peluang kepada pihak bertanggungjawab untuk membuat siasatan bagi membolehkan siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh berlandaskan undang-undang.

“Kita jangan ganggu siasatan, jangan beri tekanan, jangan buat spekulasi. Komitmen kita di KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) adalah untuk memastikan siasatan dilaksanakan dengan telus … ,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perutusan Hala Tuju KPDN di sini hari ini.

Pada 13 Jan lepas, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam kenyataan media mengesahkan produk ‘ham dan cheese’ yang dijual dalam premis di universiti awam itu tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan syarikat yang menghasilkan produk itu bukan pemegang SPHM.

Mengenai keputusan ujian kimia ke atas sampel produk ‘ham dan cheese’ yang dijalankan Jabatan Kimia, Armizan berkata setakat ini pihaknya belum menerima keputusan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Armizan menasihatkan mana-mana pihak yang menjadi mangsa penipuan syarikat pengendali umrah untuk tampil membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

“Itu satu bentuk penipuan yang kita tangani kerana orang mengumpul duit untuk pergi menunaikan ibadah umrah tetapi akhirnya hasrat baik mereka tergendala disebabkan oleh perkara-perkara tertentu seperti syarikat umrah ini,” katanya.

Baru-baru ini, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor menjalankan pemeriksaan di pejabat syarikat pelancongan di Sepang susulan kegagalan syarikat itu menerbangkan lebih 300 jemaah umrah ke Tanah Suci.

Siasatan awal mendapati syarikat terbabit mula menjalankan perniagaan sejak 2022 dan beroperasi dari premis tiga tingkat di Sepang sejak Oktober tahun lepas.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata hasil siasatan mendapati pemilik syarikat yang didakwa melakukan penipuan pakej umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta itu mempunyai rekod lampau membabitkan kes penipuan berkaitan pelaburan di Johor tahun lepas, yang masih dalam siasatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Doubleview Provides Hat Project Development Update as Ongoing Drilling Supports Next Mineral Resource Estimate...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 29, 2026 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to provide an update on ongoing technical and development work at its 100%-owned Hat Project in northwestern British Columbia.

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings