the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
33.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia berpotensi jana pelaburan RM11 bilion, eksport RM500 juta ke UK

KUALA LUMPUR: Malaysia berpotensi untuk menjana pelaburan bernilai RM11 billion manakala eksport sebanyak RM500 juta ke United Kingdom (UK) hasil daripada lawatan kerja lima hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke UK yang berakhir semalam.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata potensi pelaburan yang diraih itu melibatkan sektor tenaga boleh baharu, ekonomi digital, automotif, perbankan, hartanah dan petrokimia.

“Selain itu, potensi eksport yang dijana adalah bagi produk peralatan dan komponen pesawat, perabot serta makanan dan minuman,“ katanya dalam ciapan di laman X pada Ahad.

Beliau merupakan antara menteri Kabinet yang menyertai lawatan kerja Perdana Menteri ke UK.

Mengulas selanjutnya, Tengku Zafrul berkata bagi tempoh sehingga November 2024, jumlah dagangan Malaysia-UK bernilai RM15.3 bilion, eksport bernilai RM7.83 bilion manakala import mencecah RM7.47 bilion.

Dari segi prestasi pelaburan, katanya, setakat September 2024, sebanyak 486 projek pembuatan oleh syarikat UK telah dilaksanakan yang melibatkan pelaburan RM12.49 bilion dan menjana sebanyak 41,630 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

UK merupakan rakan dagangan keempat terbesar Malaysia di Eropah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Police hunt for man driving against traffic, hitting two vehicles on NSE

Acting Rembau district police chief DSP Azmi Ali said the incident occurred after the police ordered the 30-year-old driver to stop following a check that found the road tax and insurance for the Volkswagen Passat vehicle had expired.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings