the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sabah bakal laksana operasi besar-besaran banteras dadah

KOTA KINABALU: Satu operasi bersepadu berskala besar bakal dilaksanakan bagi membanteras masalah dadah di Sabah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata operasi akan disertai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM).

“Sebelum ini bukan kita tidak pernah melaksanakan operasi namun operasi berkenaan dilaksanakan secara bersendirian oleh agensi masing-masing. JSJN Sabah hanya mempunyai 436 kekuatan dan dengan jumlah ini kita tidak mampu melaksanakan operasi yang lebih berkesan.

“Oleh itu kita mahu bantuan daripada PGA Sabah yang mempunyai 4,054 kekuatan dan PPM Sabah dengan kekuatan seramai 949 anggota. Jadi dengan adanya banduan daripada mereka sudah semestinya kita akan berjaya melaksanakan operasi,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama PGA Sabah dan PPM Sabah di Ibu Pejabat Briged Sabah, PGA Kinarut di sini hari ini.

Kok Chin berkata mesyuarat itu bertujuan membincangkan masalah keselamatan sempadan khususnya masalah dadah di Sabah yang perlu ditangani.

“Di sini kita telah merancang secara bersama dan kita telah kenal pasti kawasan-kawasan titik panas yang dipercayai menjadi laluan utama pada sindiket yang aktif di negeri ini. Saya tidak boleh jelaskan apa perancangan kita kerana ia akan menjejaskan operasi,“ katanya.

Beliau berkata pihaknya percaya Sabah hanya dijadikan tempat transit sebelum dadah dihantar ke negara jiran.

“Mengikut siasatan yang kita dapat, kebanyakan dadah berkenaan dihantar ke negara jiran kerana permintaan yang tinggi serta harga yang lebih tinggi berbanding di Malaysia. Syabu satu kilo sekarang anggaran RM33,000 hingga RM35,000 di Malaysia tetapi apabila ke negara jiran ia boleh mencecah RM450,000 jadi ia punya permintaan tinggi dengan harga yang begitu lumayan,“ katanya.

Sehubungan itu, Kok Chin meminta orang ramai agar segera melaporkan kepada balai polis berhampiran sekiranya mempunyai maklumat mengenai aktiviti atau kehadiran sindiket dadah di kawasan masing-masing.

“Kita tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada anggota atau pegawai polis yang terlibat dengan sindiket dadah. Tiada dwistandard (double standard)…semua akan dikenakan tindakan yang tegas sama ada dia orang besar atau orang biasa,“ tegasnya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings