Friday, November 7, 2025
25.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lelaki ditahan lepaskan tembakan ketika upacara sembahyang kuil

The Sun Berita

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki berhubung kes melepaskan tembakan ketika upacara sembahyang di sebuah kuil di Ladang Bukit Badong, Bestari Jaya pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Azaharudin Tajudin berkata suspek warga tempatan berusia 55 tahun itu ditahan di sekitar Petaling Jaya kira-kira 8 malam semalam.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 3.50 petang semalam selepas insiden berkenaan tular di media sosial.

Siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku sekitar 11.30 pagi ketika penganut Hindu sedang menjalankan upacara sembahyang tahunan di kuil berkenaan.

Individu itu kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke udara tanpa sebab yang jelas.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Kuala Selangor bertindak menahan suspek di Petaling Jaya bagi membantu siasatan.

Azaharudin berkata suspek direman selama tiga hari sehingga 4 September dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Ikhwan Mohd Zuki.

Mereka juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat IPD Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 bagi membantu siasatan lanjut. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Henry Moodie’s debut album Mood Swings paints spectrum of emotions

British singer-songwriter Henry Moodie reflects on growth, love and self-discovery in his debut album *Mood Swings*, blending heartfelt lyricism with upbeat sounds that capture the highs and lows of his early twenties.

Most Viewed

Berli Jucker Logistics Partners with DHL Supply Chain Thailand to Elevate Thailand’s Logistics to Global Standards

ANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 7 November 2025 - Berli Jucker Logistics ("BJL"), under the BJC Big C Group, has entered into a landmark partnership with DHL Supply Chain (Thailand) through the signing of a Joint Venture agreement.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img