the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Berhimpun di tanah kubur: Jangan buat spekulasi, serah pada pihak berkuasa – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR: Semua pihak dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai tindakan sekumpulan individu berhimpun di sebuah pusara dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Ibukota, Setapak di sini semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata semua pihak dimohon untuk menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa agama Islam.

Beliau berkata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diarah menyiasat secara terperinci berhubung perkara berkenaan dan menegaskan pihaknya tidak berkompromi terhadap mana-mana perlakuan dan amalan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

“Pihak yang mempunyai maklumat adalah dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkaitan kepada JAWI bagi membantu siasatan,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, tular satu video berdurasi 23 saat memaparkan sekumpulan individu berzikir secara pelik dan kuat di satu tanah perkuburan di Danau Kota, Setapak hingga mengundang kebimbangan masyarakat khususnya orang Islam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail mengesahkan pihaknya telah menerima satu laporan berhubung kejadian itu yang dipercayai berlaku kira-kira 10.05 pagi semalam sebelum video mengenainya tular pada petang hari yang sama.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber resilience defined by integration, not spend

Higher cybersecurity spending alone is not enough to strengthen Malaysia’s cyber resilience, as fragmented technology environments, the rapid pace of digitalisation, and a shortage of specialised talent continue to limit organisations’ cybersecurity maturity, according to US-based cybersecurity company Palo Alto Networks.

Akmal backs France, Brazil, Portugal for World Cup glory

Akmal believes the trio possess the quality, depth and balance needed to go all the way with France remain among the strongest contenders due to the abundance of attacking options available to the squad.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings