the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Murid tahun satu cedera dipukul di kantin sekolah Shah Alam

SHAH ALAM: Seorang murid tahun satu cedera dan dimasukkan ke hospital selepas dipercayai dipukul oleh dua murid lain di kantin sekolah rendah di sini dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian itu berlaku semasa waktu rehat di kantin sekolah terbabit.

Mangsa berusia tujuh tahun itu dipukul oleh dua murid lelaki darjah tiga pada 15 Oktober lalu.

Kanak-kanak lelaki warga tempatan itu kemudian dimasukkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan.

Ibu mangsa telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada jam 9.51 malam hari yang sama.

Mangsa masih berada di hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil ketika ini.

Pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian tersebut.

Mereka juga sedang mengenal pasti jenis kecederaan yang dialami mangsa akibat kejadian itu.

Mohd Iqbal memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil membantu siasatan.

Beliau meminta mereka menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Nor Sabryna Mohamma Taha di talian 0145130450. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings